Skip to main content

Bola Sepak

Wan Kuzain kian menyerlah bantu St. Louis City raih 10 kemenangan berturut-turut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wan-kuzain.jpg
Pemain berdarah Malaysia-Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal, kian menyerlah dalam saingan MLS Next Pro apabila membantu St Louis City 2 meraih kemenangan ke-10 berturut-turut dengan menewaskan Minnesota United 2 di Energizer Park hari ini.

Selepas pulih daripada kecederaan lutut, yang memaksanya menjalani pembedahan pada pertengahan tahun lalu, Wan Kuzain sentiasa diberikan kepercayaan untuk mengisi kesebelasan utama di bahagian tengah pasukan yang berpangkalan di Missouri itu.

12 Julai lalu, dia menjaringkan satu gol ketika kelabnya menewaskan Austin 2 4-2 di gelanggang lawan dan 
lima hari kemudian, pemain tengah berusia 26 tahun itu beraksi selama 90 minit dan menyudahkan sepakan dalam penentuan penalti untuk menewaskan Ventura County.

Terbaru, Wan Kuzain turut beraksi selama 90 minit untuk St Louis City 2 membelasah Minnesota United 2 4-0 di laman sendiri.

Sebagai rekod, Wan Kuzain pernah digembar-gemburkan untuk mewakili Harimau Malaya pada Ogos tahun lalu.

 

Advertisement

Must Watch Video