Skip to main content

Bola Sepak

Wan Kuzain kian hampir sarung jersi Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wan-kuzain.jpg
Penantian untuk menyaksikan pemain berstatus warisan, Wan Kuzain Wan Kamal, menyarung jersi Harimau Malaya, kian hampir untuk berakhir.

Ini selepas perancang berusia 26 tahun itu dilaporkan berada dalam senarai bersedia menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa awal bulan depan.

Pemain St Louis City 2 itu kini sedang menyerlah dalam saingan MLS Next Pro di Amerika Syarikat, di mana dia sentiasa menjadi pilihan utama memacu pasukannya melewati 14 perlawanan tanpa kalah.

Anak kepada bekas pemain negara dan Perak, Wan Ahmad Kamal, itu dibesarkan di Carbondale, Illinois, dan layak mewakili Harimau Malaya sebagai pemain warisan.
 

Advertisement

Must Watch Video