Skip to main content

Bola Sepak

Waktu rehat Piala Dunia boleh jadi pencetus kebangkitan Liverpool, kata Fabinho

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fabinho.jpg
Fabinho percaya Liverpool berada di posisi yang tepat untuk memanfaatkan waktu rehat Piala DUnia lalu pada ketika pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu sedang berusaha untuk mengejar kedudukan seteru lain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selepas hanya tewas tipis dalam perebutan EPL kedua sepanjang sejarah mereka dengan pungutan 92 mata musim lalu, Liverpool kini menduduki tangga keenam liga dengan ketinggalan tujuh mata di belakang kelompok empat teratas.

Pasukan Klopp itu memperbaiki prestasi mereka sebelum EPL direhatkan pada November lalu dan mereka kini berpeluang untuk memenangi tiga perlawanan berturut-turut buat kali pertama musim ini apabila berkunjung ke laman Aston Villa pada Boxing Day.

Dengan pemain Perancis, Ibrahima Konate, muncul satu-satunya pemain Liverpool yang terlibat sehingga ke suku akhir Piala Dunia, Fabinho percaya waktu rehat berkenaan akan memberikan manfaat buat The Reds.

"Ia boleh jadi sesuatu yang baik," katanya dalam laman web rasmi pasukan itu.

"Saya harap ia akan menjadi sesuatu yang baik buat pasukan ini kerana seperti yang saya katakan sebelum ini, kedudukan kami dalam EPL bukanlah seperti yang kami harapkan.

"Tetapi inilah realitinya. Kami perlu menghadapinya, kami perlu mencuba untuk mengecilkan jurang dengan pasukan lain dan benar, dari perlawanan ke perlawanan, kami mencuba untuk bermain dengan lebih baik dan menang," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video