David Wagner berasakan kedudukan Huddersfield Town yang terselamat daripada penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) sesuatu di luar jangkaannya selepas seri 1-1 dengan Chelsea.
Huddersfield mengekang juara bertahan itu di Stamford Bridge dan memastikan mereka mengelak menamatkan saingan dalam kelompok tiga tercorot.
Skuad kendalian Wagner itu, yang gagal menjaringkan gol dalam 20 perlawanan EPL musim ini, berjaya mengelak daripada penyingkiran.
Jaringan Laurent Depoitre membenarkan The Terriers mendahului perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi, dengan Jonas Lossl melakukan persembahan cemerlang pada penghujung permainan selepas Marcos Alonso meledak gol penyamaan.
Wagner memuji pemain-pemainnya selepas Huddersfield menjamin tempat mereka dalam saingan EPL untuk satu musim lagi.
"Perlawanan ini, kami telah menyaksikan kualiti yang dimiliki oleh pasukan, semangat dan sikap pasukan ini," kata Wagner.
"Saya percaya dengan kesabaran, keinginan dan semangat untuk terus bersaing dalam kejohanan tertinggi dan kami telah berusaha dengan baik."