David Wagner berharap Jurgen Klopp dapat menamatkan penantian Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini, namun mengakui kesukaran untuk melakukannya dalam liga yang "sukar diramal" itu.
Liverpool, yang gagal menjuarai liga divisyen utama England sejak musim 1989-90, menamatkan musim lalu di tempat kedua dan hanya kekurangan satu mata berbanding juara 'treble', Manchester City.
The Reds menjuarai Liga Juara-Juara Eropah -- kejuaraan keenam di peringkat itu -- namun terdapat keinginan untuk mereka kembali menguasai liga domestik.
Wagner, yang merupakan rakan baik dan bekas rakan sekerja Klopp, akan terus menyokong pasukan itu menjelang musim baru ini.
"Saya tidak terlalu yakin, namun saya harap Klopp akan melangkah lebih jauh dan memenangi Liga Perdana," katanya kepada Omnisport.
"Namun, saya sedar ia bukan sesuatu yang mudah.
"Dia dan pemainnya akan berusaha keras, namun liga ini sukar diramal.
"Terdapat banyak perlawanan besar dan terdapat perlawanan menentang kelab kecil yang amat hebat juga.
"Ia sememangnya liga yang sukar.
"Apa yang telah Klopp tunjukkan setakat ini amat hebat dan saya mendoakannya untuk bergelar juara.
"Tetapi saya tidak tahu sama ada ia akan berlaku atau tidak," katanya.
Wagner meninggalkan Liga Perdana Inggeris apabila Huddersfield Town tersingkir daripada liga itu musim lalu.
Dia kini bergelar jurulatih Schalke, musuh tradisi Borussia Dortmund, yang merupakan destinasi terakhir dia dan Klopp bekerja bersama, namun menegaskan keputusan untuk kembali ke Bundesliga bukanlah langkah ke belakang.
"Tidak, ia bukanlah langkah ke belakang.
"Jika saya tidak mahu melakukannya, saya tidak akan melakukannya.
"Tiada siapa memaksa saya untuk berada di sini.
"Ia bukan disebabkan itu.
"Saya mahukan ia berlaku seperti itu.
"Saya tidak nampak ia sebagai langkah ke belakang.
"Namun, saya faham, tidak dapat dinafikan Liga Perdana merupakan tempat terbaik buat masa ini.
"Terdapat ramai pemain yang hebat di sana dan jurulatih di sana juga memiliki kualiti yang tinggi.
"Saya tidak menafikan perkara itu," tambahnya.