Skip to main content

Bola Sepak

Virgil van Dijk: Musim panas yang getir buat Liverpool

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

van-dijk.jpg
Liverpool akan mengharungi "musim panas yang getir", demikian kata Virgil van Dijk sambil meluahkan keyakinan bahawa kelab itu sedang meniti di landasan tepat. 

The Reds sedang memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan memerlukan maksimum enam mata untuk mengesahkan trofi itu selepas merakamkan kemenangan ke atas West Ham kelmarin.

Van Dijk meledak gol kemenangan ketika menentang The Hammers dan dilaporkan hampir menandatangani perjanjian baru di Anfield dengan kontrak semasanya akan tamat berakhir hujung musim ini.

Pemain berusia 33 tahun itu, yang merupakan bek tengah terbanyak memiliki koleksi gol sejak penampilan sulungnya pada September 2015, bersedia untuk menyertai Mohamed Salah untuk kekal di Anfield biarpun bek sayap Trent Alexander-Arnold hampir pasti angkat kaki secara percuma.




Tatkala masa depan Darwin Nunez juga tidak menentu sejak berpindah dari Benfica pada 2022, manakala Andrew Robertson bergelut prestasi sukar, Arne Slot mungkin sibuk dalam pasaran perpindahan musim panas akan datang. 

“Apa pun yang berlaku daripada segi pemain yang keluar-masuk, saya fikir ia sepatutnya menjadi musim panas yang penting,” katanya seperti dipetik ESPN.

"Saya fikir mereka merancang untuk menjadikannya musim panas yang penting jadi kami semua perlu mempercayai lembaga pengarah dan saya sebagai peminat Liverpool, untuk melakukan kerja yang betul."

Advertisement

Must Watch Video