Vinicius Junior menyimpan hasrat untuk meninggalkan legasi seperti legenda Real Madrid, Cristiano Ronaldo, pada suatu hari nanti apabila meninggalkan pasukannya itu.
Ronaldo, menghabiskan tempoh sembilan tahun dengan penuh trofi di Bernabeu sebelum berpindah ke Juventus pada 2018.
Untuk rekod, pemenang Ballon d'Or lima kali itu telah membuat 438 penampilan dalam semua kejohanan buat Los Blancos, selain menjaringkan 450 gol serta 131 bantuan jaringan.
Malah, Ronaldo yang kini berusia 40 tahun itu merupakan penjaring terbanyak sepanjang masa dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dengan 140 gol -105 hadir ketika mewakili Madrid- daripada 183 penampilan.
"Cristiano Ronaldo memberikan saya inspirasi kepada saya dengan kerja keras dan dedikasinya yang luar biasa, dia tidak pernah berhenti berusaha untuk menjadi yang terbaik.
"LeBron James, atas sebab yang sama membuktikan bahawa kehebatan melebihi prestasinya.
"Sudah tentu lagenda Brazil seperti Ronaldinho, Ronaldo dan Neymar yang banyak mewakili bola sepak Brazil. Mereka telah mempamerkan kepada dunia bakat dan kegembiraan untuk kami dalam permainan." katanya.

? Madridistas ?? Jugadores ? pic.twitter.com/eaBoFU9bbh
— Real Madrid C.F. (@realmadrid) July 24, 2025