Pemain sayap Real Madrid, Vinicius Junior, pulih lebih awal apabila tersenarai untuk menghadapi musuh setempat, Atletico Madrid, dalam pertemuan LaLiga awal pagi esok.
Namun, pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti tidak akan mengambil risiko besar dengan pemain berusia 23 tahun itu mungkin tidak akan berada dalam kesebelasan utama di Metropolitano selepas pulih daripada kecederaan hamstring yang mula membelenggunya pada hujung bulan lalu.
"Semalam, Vinicius berlatih bersama pasukan, dia berada dalam keadaan baik, kecederaan itu sudah dilupakan, dia juga berlatih hari ini dengan sangat baik dan dia akan berada dalam skuad," jelasnya.
"Kami akan tentukan peranannya dalam perlawanan esok.
"Dia berlatih semalam kerana risikonya sifar, dia berlatih hari ini kerana risikonya juga sifar.
“Jika esok ada satu peratus risiko maka kami tidak akan menurunkannya.
"Yang penting ialah Vinicius pulih sepenuhnya.
"Dia kurang kecergasan perlawanan tetapi itu lumrah, ia adalah perkara yang akan kami nilai."
? @Frangarcia_11 ?️ @ViniJr ?#RMCity pic.twitter.com/WobbSJAuhB
— Real Madrid C.F. (@realmadrid) September 22, 2023