Stadium Astro logo
LALIGA

Vini Jr rangkul anugerah pemain terbaik FIFA selepas gagal memenangi Ballon d'Or

article-author-avatar
Najmi Iman 17/12/2024 | 23:02 MYT
Article ribbon Vini Jr rangkul anugerah pemain terbaik FIFA selepas gagal memenangi Ballon d'Or
Tonggak utama Real Madrid, Vinicius Junior, merangkul gelaran Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi musim 2024 susulan terlepas memenangi anugerah Ballon d'Or, Oktober lalu.
Kejayaan itu menyaksikan Vini Jr memintas calon lain, Jude Bellingham, Rodri dan pemain muda Barcelona, Lamine Yamal.
Sebelum ini, pemain yang menjuarai Laliga dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) untuk musim 2023-24 itu memuat naik satu kenyataan berhubung kekecewaannya tidak memenangi Ballon d'Or: "Mreka belum bersedia. Saya akan melakukannya sebanyak 10 kali jika perlu.
"Say ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan sepasukan, jurulatih dan wartawan yang telah mengundi saya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya akan terus bermain untuk Real Madrid kerana ia merupakan kelab terbaik di dunia.
Pemain kelahiran Brazil itu telah menjaringkan sebanyak 24 gol termasuk membuat sembilan bantuan jaringan pada musim lalu.
#bola sepak #Real Madrid #LaLiga #Vinicius Junior