Skip to main content

Bola Sepak

Vingada: Kami berhak menang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nelo-vingada-060917.jpg
Pengendali skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada, berpuas hati dengan aksi anak buahnya sambil menyifatkan skuad negara berhak meraih kemenangan selepas sekadar seri 1-1 menentang Hong Kong dalam aksi kelayakan Piala Asia Kumpulan B di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Biarpun beraksi dengan sembilan pemain pada minit-minit akhir selepas Rizal Ghazali dan Aidil Zafuan Abd Radzak dilayangkan kad merah, skuad negara tetap berjaya meraih satu mata berharga.

"Kebanyakan pemain sudah mula memahami setiap perancangan dan falsafah yang saya terapkan. Jadi, seperti yang saya katakan, hari ini kami beraksi dengan baik, malah dalam babak pertama kami ternyata lebih bertenaga.

"Jika bercakap tentang peluang yang dicipta serta penguasaan bola, saya rasa kami berhak menang," kata Vingada.

Sementara itu, jurulatih skuad Hong Kong, Kim Pan-gon, turut memuji aksi anak buahnya yang berjaya mengikat tuan rumah, sekaligus mengelak daripada pulang tanpa sebarang mata.

"Pemain kami bertarung untuk memenangi perlawanan dan saya tidak terkilan dengan keputusan yang diraih.

"Saya berbangga dengan pemain-pemain saya," ujar Pan-gon.

Advertisement

Must Watch Video