Skip to main content

Bola Sepak

Vietnam tolak lamaran sertai King's Cup tapi penyokong Thailand kekal tenang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vietnam-vs-thailand.jpg
Vietnam dilaporkan telah menolak pelawaan untuk menyertai Kejohanan Bolasepak King's Cup di Thailand pada September depan.

Naga Emas dipelawa untuk menyertai kejohanan anjuran FA Thailand itu berdasarkan statusnya selaku juara Piala ASEAN pada Januari lalu, di mana mereka menewaskan Thailand di pentas final.

Bagaimanapun, menerusi laporan media di Vietnam, skuad kendalian Kim Sang-sik itu tidak akan menyertai mana-mana kejohanan pada September depan dan hanya akan kembali mengadakan tugasan antarabangsa pada Oktober depan.

"Menurut pengumuman terbaru dari Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF), pasukan itu tidak akan berkumpul untuk kalendar FIFA pada bulan September. 
"Ini bermakna, jurulatih Kim Sang-sik dan pasukannya secara tidak langsung menolak pelawaan Presiden FAT," lapor Anninhtudo.

Untuk rekod, kali terakhir Vietnam menyertai King’s Cup ialah pada 2019 di bawah jurulatih Park Hang-seo, di mana Vietnam menamatkan kejohanan sebagai naib juara selepas tewas kepada Curacao dalam aksi final.

 

Advertisement

Must Watch Video