Kapten Harimau Malaya, Matt Davies, mengakui lebih memikirkan mengenai pasukan sendiri berbanding lawan menjelang aksi kedua Kumpulan F, pusingan akhir Kelayakan Piala Asia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam esok.
Naga Emas dilaporkan tempang tanpa kehadiran dua tonggak utama, iaitu penyerang naturalisasi, Nguyen Xuan Son, dan pemain sayap lincah, Nguyen Cong Phuong, gara-gara kecederaan.
Bagaimanapun, Davies enggan mengambil hirau mengenai perkara itu kerana fokus setiap pemain negara ketika ini hanyalah untuk memberikan yang terbaik buat pasukan.
"Sebagai pemain, sejujurnya kami tidak terlalu memikirkannya," katanya dalam sidang media seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Saya tidak gemar memberikan komen mengenai pasukan lain cuma kami hanya fokus kepada bagaimana untuk kami bermain dengan baik. Kami benar-benar hanya fokus kepada diri sendiri.
"Apa yang kami tahu, kami menghormati mereka dan lebih fokus terhadap apa yang akan kami lakukan malam esok."