PIALA ASIA

Vietnam - BUNGKUIH MAK ENON

Akbar Sahari 24/01/2024 | 15:32 MYT
Inilah bait yang sering diungkap kawan aku, Hafizal Hamad , setiap kali kekalahan membadai tidak kira pasukan bola sepak pilihannya ataupun atlit kegemarannya.
Tapi kadang-kadang benda yang tak ada kena mengena dengan sukan pun jadi – Bungkuih Mak Enon!
Saingan peringkat kumpulan kejohanan bolasepak Piala Asia 2023 di Qatar dah pun hampir menutup tirai. Tinggal hanya Malaysia dan Thailand, 2 wakil Asia Tenggara yang kekal beraksi untuk baki perlawanan terakhir kumpulan (ketika artikel ini ditulis).
Ada wakil serantau ke saingan 16 pasukan ? Ada, mungkin Thailand tapi kena tunggulah – sebab Oman pun masih ada harapan.
Apa jadi dengan Vietnam ? Gergasi Asia Tenggara yang datang ke Qatar dengan ranking paling gah ? Sangat mengejutkan apabila Vietnam yang diramal mampu ke saingan 16 terakhir senasib dengan Harimau Malaya – tewas 2 perlawanan awal kemudian ditelan Iraq di Stadium Jassim Bin Hamad 2-3 pada aksi terakhir kumpulan D.
Kekalahan anak buah Philippe Troussier 1 – 0 kepada Indonesia dalam perlawanan ke 2 – meruntun jiwa seluruh penyokong dan mungkin juga bekas jurulatih mereka, Park Hang Seo di kejauhan.
Ketika berdepan Indonesia, Vietnam membawa reputasi hebat di ranking ke 94 dunia berbanding Sang Garuda di tangga ke 150 dunia, jauh lebih rendah berbanding Malaysia.
Cuma, jagoan Asia Tenggara ini tidak pulang dengan tangan kosong – meledak 4 gol ( 2 vs Jepun & 2 vs Iraq).
Tetapi dengan reputasi hebat yang dibawa Vietnam dipalit pula dengan 3 kekalahan, bolos 8 kali dan 2 kad merah maka dengan ini aku melabel - Vietnam BUNGKUIH MAK ENON!
Apa pun tahniah Indonesia sebab menang 1 perlawanan dan jarring gol dalam semua 3 perlawanan. Tabik jugak Thailand sebab tak kalah 2 perlawanan.
Last!
Kalau tanya aku, habis tu kalau Malaysia kalah semua perlawanan macamana ? Ye lah Korea Selatan kan…
Hmmmmm mungkin – BUNGKUIH IKAT TEPI kot!
Cuma aku harap ada kebangkitan di Stadium Al Janoub, mana tahu kan, setidaknya 1 gol.
Yang penting kita bukan – MAK ENON.
#Piala Asia #Rencana
;