Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Vietnam bakal lupakan 100 pemain warisan kerana gusar saingan liga merudum?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vietnam.jpg
Presiden Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Tran Quoc Tuan, enggan berharap kepada pemain warisan dalam memperkuatkan skuad 'Naga Emas' susulan berasakan akan memberikan kesan kepada saingan liga yang akan merundum.

Sebelum ini, SEAsia Goal melaporkan Vietnam memiliki senarai 100 pemain warisan yang bermain di luar negara.

Quoc Tuan juga berkongsikan bahawa kehadiran pemain warisan akan memberikan tonik tambahan kepada skuad kebangsaan, namun saingan liga pula akan berlaku sebaliknya jika terus berharap kepada pemain warisan.

"Jika kami menaturalisasikan ramai pemain, ia memang akan menguatkan lagi pasukan kebangsaan tetapi saingan liga akan semakin lemah," katanya.






Begitupun, proses itu juga dilihat sukar kerana mereka perlu melepasi syarat ketat dimana mereka perlu beraksi dalam saingan V. League terlebih dahulu sebelum boleh menukar kerakyatan.

Untuk rekod, setakat ini hanya Filip Nguyen, Jason Pendant Quang Vinh, Đang Van Lam, Adriano Schmidt dan Michal Nguyen yang pernah dipanggil mewakili Vietnam selaku pemain warisan.

Advertisement

Must Watch Video