Skip to main content

Bola Sepak

(VIDEO) Tular: Ini bukti penyerang Harimau Malaya ini memang 'tahan banting'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rodrigo-holgado.jpg
Penyerang Harimau Malaya, Rodrigo Holgado, sememangnya memiliki ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.

Pemain kelahiran La Tablada, Argentina berusia 30 tahun itu mencuri hati rakyat Malaysia ketika melakukan penampilan pertamanya bersama Harimau Malaya dalam aksi kelayakan Piala Asia menentang Vietnam pada Jun lalu.

Ketika itu, dia mengalami mengalami pendarahan yang agak serius di bahagian kepala tetapi memilih untuk meneruskan baki permainan dengan memakai balutan.

Di sebalik kecederaan itu, Rodrigo masih mampu menandakan penampilan pertamanya dengan jaringan menerusi satu penyudah klinikal pada minit ke-59.

Dia kemudian menerima beberapa jahitan di kepala sebelum bergegas pulang ke Colombia -- melewati lima penerbangan yang memakan masa hampir 30 jam -- untuk kembali ke pangkuan kelabnya America de Cali.

Baru-baru ini tular kembali satu video insiden melibatkan penggempur Harimau Malaya berkenaan di media sosial.

Dalam video itu, Rodrigo kelihatan mengalami kecederaan jari, yang kelihatan terkehel dan bengkok, ketika membantu America de Cali tahun lalu.

Sebaik pegawai perubatan pasukan itu masuk untuk memberikan rawatan, pegawai berkenaan kelihatan menarik untuk membetulkan kembali jari Rodrigo ke posisi sepatutnya.

Penyerang itu kemudian kelihatan bangun dan meneruskan permainan seperti biasa biarpun menanggung kesakitan yang teramat sangat.

Video:
Football

Lebih Dari Sekadar Jersi

Setiap helaian jersi Harimau Malaya membawa makna penyatuan penyokong dari seluruh negara.


Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video