PIALA MALAYSIA

(VIDEO) Separuh akhir Unifi Piala Malaysia: Tiket di Stadium Temerloh laku macam 'pisang goreng panas'

Muzaffar Musa 02/02/2025 | 04:20 MYT
Jangkakan suasana perlawanan dengan stadium yang penuh menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di antara Sri Pahang dan Sabah di Stadium Temerloh malam ini.
Ini kerana penjualan tiket di stadium berkenaan dilaporkan laris bagaikan pisang goreng panas.
Berdasarkan perkongsian terkini daripada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, penyokong tempatan sudah mula beratur panjang untuk mendapatkan tiket masing-masing seawal pagi.
Video:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebagai rekod, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi pertama di Stadium Likas pertengahan bulan lalu.
#bola sepak #sabah #Piala Malaysia #Tiket #FC #Sri Pahang FC
;