Skip to main content

Bola Sepak

(VIDEO) Neymar Jr ulangi jaringan Badri Radzi 10 tahun lalu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

neymar.jpg
Bintang Brazil, Neymar Santos Junior (Jr), membantu pasukan lamanya, Santos, menggapai kemenangan penting menerusi jaringannya pada minit ke-27 di Stadium Jose Levy Sobrinho, sebentar tadi.

Gol pembukaan Tiquinho Soares memberi kelebihan tertentu buat pasukan pelawat mencari tiga mata penuh sebelum bekas pemain bekas pemain Al-Hilal itu menyempurnakan gol daripada sepakan sudut yang menewaskan penjaga gol tuan rumah, Pereira. 

Jaringan berkelas dunia itu sudah semestinya mengingatkan peminat bola sepak Malaysia dengan sentuhan bekas jeneral Kelatan suatu ketika dahulu, Mohd Badri Mohd Radzi atau leib dikenali sebagai Piya, yang pernah melakukan perkara sama sekitar 10 tahun lalu. 

 

Permulaan positif yang ditampilkan bekas tonggak Barcelona itu selepas kerap dibelenggu kecederaan menawarkan impak berguna buat Santos yang mahu memburu kejuaraan musim ini.

Advertisement

Must Watch Video