Skip to main content

Bola Sepak

(Video) Momen Man Utd diaibkan, ini jaringan penyerang Myanmar pastikan ASEAN All-Stars menang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

myanmar.jpg
Ramai yang berpendapat bahawa naib juara Liga Europa (UEL), Manchester United, akan menenangi perlawanan pascamusim Maybank Challenge Cup di Malaysia, namun ia bertukar tragedi malang yang terus melanda kelab terkemuka England itu.

Meskipun menurunkan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Casemiro, Harry Maguire, Alejandro Garnacho, Andre Onana dan Bruno Fernandes, ia masih tidak mampu mengekang asakan ASEAN All-Stars.

Dalam perlawanan itu, barisan tonggak The Red Devils kecundang gara-gara jaringan tunggal penyerang Myanmar, Maung Maung Lwin, dalam babak kedua.

Disiplin pertahanan pasukan pilihan terbaik Asia Tenggara itu harus diberi pujian susulan mematikan serangan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang buntu mencari jaringan. 

Ini video jaringan Maung Lwin yang menewaskan penjaga gol, Tom Heaton, pada minit ke-71 di hadapan 72,550 penyokong.

   

Advertisement

Must Watch Video