[Video] Gol Akrobatik Cristiano Ronaldo warnai kemenangan Portugal
Ammar Hakim
November 16, 2024 08:50 MYT
November 16, 2024 08:50 MYT
Cristiano Ronaldo meledak dua gol -- termasuk sepakan gunting -- ketika Portugal membenam Poland 5-1 untuk memperoleh tangga teratas Kumpulan A1 saingan Liga Negara-Negara UEFA.
Ronaldo kemudian disertai oleh Rafael Leao, Bruno Fernandes dan Pedro Neto selaku penjaring ketika Portugal mempamerkan peningkatkan berikutan separuh masa pertama yang menyaksikan mereka gagal mendapatkan sebarang percubaan tepat ke sasaran.
Walaupun suasana perlawanan tidak menghadirkan sebarang ancaman, Poland ketinggalan selepas perlawanan 60 minit waktu permainan apabila Leao menanduk gol pembukaan, beberapa detik selepas Diogo Costa menafikan percubaan Jakub Kaminski.
Bola terkena tangan Jakub Kiwior membenarkan Ronaldo menjadikan kedudukan 2-0 menerusi sepakan penalti selepas minit ke-72 kemudian Fernandes menjadikan kedudukan 3-0 lapan minit kemudian.
Pemain sayap Chelsea, menambah bilangan jaringan Portugal kepada empat gol sebelum magis Ronaldo hadir dalam masa kecederaan.
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu melengkapkan hantaran silang Vitinha dengan jaringan akrobatik mengatasi Marcin Bulka.
Ronaldo doing Ronaldo things ??#UNLGOTR | @AlipayPlus | #NationsLeague pic.twitter.com/qvR0VLXekz
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) November 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain gantian Dominik Marczuk mendapatkan satu gol untuk Poland pada penghujung permainan namun mereka kini diambang penyingkiran berikutan kegagalan memperoleh keputusan positif.