Skip to main content

Bola Sepak

(VIDEO) Copa Libertadores: Jaringan dibatalkan VAR, bintang Harimau Malaya terlepas tempat ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

imanol-machuca-velez-copa-libertadores.jpg
Pemain sayap Harimau Malaya, Imanol Machuca, terlepas peluang untuk membawa kelabnya, Velez Sarsfield, ke separuh akhir Copa Libertadores selepas tewas tipis 0-1 kepada Racing Club dalam aksi suku akhir kedua di Estadio Presidente Peron, Buenos Aires pagi tadi.

Velez ketinggalan 0-1 secara agregat selepas kelahan di laman sendiri minggu lalu dan Imanol memberikan aksi terbaiknya dalam usaha menterbalikkan situasi itu di laman lawan.

Pemain berusia 25 tahun itu berhasil menewaskan penjaga gol, Facundo Cambeses, dalam babak kedua tetapi jaringannya kemudian dibatalkan selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati bola belum sepenuhnya melepasi garisan gol.

Malang buat Velez apabila dibolosi gol Santiago Solari pada minit ke-82, enam minit sebelum Imanol dikeluarkan, sekali gus terpaksa akur terkandas di peringkat suku akhir.

Sebagai rekod, Imanol telah melakukan 23 penampilan buat Velez musim ini dan menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan dalam Torneo Clausura.

Dia dijangka akan kembali dipanggil memperkuatkan Harimau Malaya bagi dua perlawanan menentang Laos dalam pusingan kelayakan Piala Asia bulan depan selepas terlepas dua aksi persahabatan antarabangsa awal bulan ini.

Video:


 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang ?

Advertisement

Must Watch Video