Usai 30 tahun berdiri teguh, kini Stadium Shah Alam diruntuhkan bagi melewati fasa baru.

Tular di media sosial video bumbung Stadium Shah Alam diruntuhkan yang menjadi sebahagian daripada kerja-kerja pembinaan semula Stadium Shah Alam yang giat berjalan.



Pembangunan SSA membabitkan tiga fasa meliputi proses perobohan dan pembinaan semula Stadium Shah Alam dengan ruang perniagaan serta parkir yang dijangka siap pada 2026.

Dengan runtuhnya bumbung Stadium Shah Alam, proses perobohan stadium yang memiliki kapasiti 80,372 tempat duduk itu yang bermula sejak Julai lalu kini memasuki fasa baru.