Skip to main content

Bola Sepak

(Video) Aksi akrobatik jarak jauh ubi JDT cetus perhatian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

u14.jpg
Danny Firas Musleyadi bintang muda dalam pembikinan. 

Tular aksi akrobatik pemain akademi Johor Darul Ta'zim (JDT) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa Skudai itu wajar diberikan perhatian kerana ia menghasilkan bantuan gol yang cukup sempurna buat pasukannya.

Video yang dimuat naik oleh seorang penyokong di X itu menunjukkan seakan rejaman sepak takraw daripada luar kotak penalti dengan jarak sukar, namun ia tidak mustahil buat Firas, malah teknik itu mencuri tumpuan peminat. 

 

Dalam perlawanan tersebut, skuad pelapis Harimau Selatan itu berkenaan berjaya merangkul kejuaraan Piala Menteri Pendidikan (KPM) bawah 14 tahun (B-14) menewaskan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) 3-1 di Serdang, dua hari lalu.

Dua gol daripada Muhammad Farish Haqiemi Azharuddin, dan Zainul Ariffin Mohamad Zainuddin mengangkat JDT B-14 selaku juara edisi kali ini.

Dalam masa sama, Firas dinobatkan selaku pemain terbaik. 
 
Football

50% OFF Nike Mercurial Vapor 16 Club

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video