LIGA SUPER MSIA

(Video) Air Balang Wan Zack Haikal laku keras, sampai Beckham pun beli

Muzaffar Musa 04/03/2025 | 08:33 MYT
Bazar Ramadan merupakan satu tradisi penuh meriah di negara ini, khusus sepanjang bulan Ramadan.
Selain pelbagai juadah istimewa dapat dinikmati penggemar, Bazar Ramadan juga membuka peluang kepada peniaga untuk mendapatkan pendapatan lumayan dan golongan ahli sukan juga tidak terkecuali.
Ini termasuk tonggak Perak dan bekas pemain kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Noor.
Dalam satu video yang tular di media sosial, Wan Zack Haikal dirakam sedang berniaga air balang di Bazar Ramadan di Meru, Ipoh.
Orang ramai beratur panjang untuk membeli air di gerainya, bahkan 'Beckham' juga dilihat sedang berada di barisan depan.
Video:
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Wan Zack Haikal Wan Noor #Perak FC