Stadium Astro logo
ACLE

(Video) ACLE: Suasana kecoh di ruangan jalan keluar dari SSI usai JDT tewas kepada Buriram United

article-author-avatar
Ammar Hakim 12/03/2025 | 04:48 MYT
Article ribbon (Video) ACLE: Suasana kecoh di ruangan jalan keluar dari SSI usai JDT tewas kepada Buriram United
Suasana tegang antara penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Stadium Sultan Ibrahim selepas mereka tersingkir daripada Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di tangan Buriram United semalam.

JDT mengucapkan selamat tinggal kepada saingan ACLE semalam, magis pemain kebangsaan Thailand, Suphanat Mueanta, meledak gol tunggal untuk memastikan Thunder Castle berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Menerusi satu video TikTok milik akaun nzr_469, kekecohan berlaku dengan barisan penyokong yang berteriak terhadap seorang individu yang dibawa keluar selepas tamat perlawanan.
undefined

Menerusi di ruangan komen, barisan penyokong pasukan tuan rumah tidak berpuas hati dengan tindakan individu yang membaling botol ke arah padang.

Suasana tersebut disaksikan rata-rata penyokong yang turut hadir dari berbilang usia.

Ia berpunca daripada penjaga garisan perlawanan yang mengangkat bendera ofsaid selepas Jorge Obregon meledak gol penyamaan dalam masa kecederaan. VAR turut menilai jaringan tersebut dan keputusan penjaga garisan itu kekal.
#bola sepak #johor darul ta'zim #JDT #Hector Bidoglio #Buriram United #ACLE #Liga Juara-Juara Asia Elit #Osmar Loss Vieira