Pemain tengah Chile, Arturo Vidal, tidak mahu menuding jari kepada Marcelo Diaz selepas kesilapan pemain Celta Vigo itu memberikan ruang buat Jerman menjaringkan gol tunggal perlawanan dalam aksi final Piala Konfederasi, awa pagi tadi.
Diaz gagal mengeluarkan bola dengan kemas, menyebabkan Timo Werner mudah merampas bola sebelum membuka ruang buat Lars Stindl menjaringkan gol ketika permainan berusia 20 minit.
Bagi Vidal, tiada siapa yang harus dipersalahkan, sebaliknya seluruh pasukan harus menanggung kekalahan itu.
“Terdapat beberapa kesilapan yang akan berlaku tetapi tiada siapa yang perlu dipersalahkan,” kata Vidal.
“Jika kami menang, kami adalah pasukan terbaik dunia.
“Kami akan terus berusaha keras kerana terdapat banyak pasukan lain yang turut meningkat naik,” tambahnya.
Dalam masa sama, Vidal juga menjelaskan perbalahannya dengan rakan sepasukan di Bayern Munich, Joshua Kimmich, hanya sekadar di atas padang.
“Saya sedikit marah dan geram tetapi kami adalah rakan sepasukan dan saya akan menemuinya dalam 20 hari lagi,” ujarnya.