Skip to main content

Bola Sepak

Vidal ditahan di hospital selepas positif COVID-19

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arturo-vidal.jpg
Pemain tengah Inter Milan, Arturo Vidal, terpaksa menjalani pengasingan di hospital selepas positif COVID-19.

Pemain berusia 34 tahun itu didapati positif dalam ujian saringan sewaktu bersama skuad kebangsaan Chile dan kelihatan akan terlepas dua perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Argentina dan Bolivia sepanjang tempoh pengasingannya.

La Roja kini berada di tangga keenam pusingan kelayakan CONMEBOL, dua mata di belakang pasukan di tangga keempat, Paraguay, bagi merebut slot automatik ke kejohanan terbesar itu.

Bagaimanapun, penyertaannya dalam Copa America bermula 11 Jun ini tidak akan terjejas sekiranya dia pulih dalam tempoh yang sepatutnya.

Persatuan Bolasepak Chile mendedahkan pemain tengah itu menjalani diagnosis selepas mengalami masalah tonsillitis.

Satu kenyataan yang dikeluarkan pasukan kebangsaan itu berkata: "Pihak perubatan pasukan kebangsaan Chile mendedahkan bahawa hasil satu pemeriksaan, Arturo Vidal didapati positif COVID-19.

"Arturo telah dihantar ke hospital dan diasingkan daripada pasukan ini sejak lebih 72 jam lalu sebagai langkah pencegahan yang ditetapkan pasukan perubatan, selepas dilaporkan mengalami masalah tonsillitis, yang disahkan oleh pakar penyakit berjangkit dan masalah pernafasan dengan keputusan ujian PCR yang negatif.

"Adalah dimaklumkan bahawa delegasi selainnya memperoleh keputusan negatif dalam ujian PCR hari ini berdasarkan protokol kesihatan."
 

Advertisement

Must Watch Video