Skip to main content

Bola Sepak

Verratti mungkin kembali dalam aksi Piala Perancis

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marco-verratti_3zfli051elwy1aptylusktxl8.jpg
Marco Verratti mungkin kembali beraksi buat Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Piala Perancis menentang Villefranche awal pagi esok, kata pengendali pasukan, Thomas Tuchel.

Pemain Itali itu kembali menjalani latihan kelmarin setelah terlepas tiga perlawanan akibat kecederaan buku lali.

Tuchel sedia untuk membariskan pemain tengah itu dalam kunjungan ke pasukan divisyen tiga itu memandangkan Verratti menyertai sesi latihan terakhir.

"Kami membuat keputusan semalam untuk melihat sama ada dia boleh beraksi semula," kata Tuchel.

PSG akan turun tanpa Neymar yang dijangka berehat selama 10 minggu akibat kecederaan kaki dan ketiadaannya dilihat menjadi salah satu faktor kepada kekalahan di tangan Lyon, Ahad lalu.

Walaupun merindukan kreativiti bintang Brazil itu, Tuchel menafikan telah meminta Kylian Mbappe untuk menyesuaikan diri atau cuba mengisi kekosongan yang ditinggalkan rakan sepasukannya itu.

"Saya tidak mahu Mbappe beraksi seperti Neymar dan memegang bola," ujar Tuchel.

"Mbappe sangat berbahaya dalam gerakan terakhir dan saya mahu dia kekal begitu."

Tuchel mengharapkan pemain senior dalam pasukan akan memastikan PSG tidak menunjukkan sebarang kesukaran berdepan Villefranche yang menewaskan finalis musim lalu, Les Herbiers, sebelum ini.

"Saya menjangkakan dominasi serta penguasaan bola. Mereka akan cuba melakukan serangan balas. Kami perlu bermain dengan serius," tambah Tuhel.

"Ia aksi penentuan. Kami mahu menang dan ia adalah tanggungjawab kami.

"Kami memiliki beberapa pemain berpengalaman seperti Gianluigi Buffon, Dani Alves dan Thiago Silva. Mereka beraksi dalam setiap perlawanan dengan mentaliti yang sama."

Advertisement

Must Watch Video