Skip to main content

Bola Sepak

Verratti, Jorginho antara enam digugur skuad kebangsaan Itali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marco-verratti-and-jorginho_1.jpg
Marco Verratti dan Jorginho antara enam pemain yang digugurkan daripada kem latihan skuad kebangsaan Itali selepas pasukan itu gagal layak ke Piala Dunia Qatar 2022.

Ciro Immobile, Lorenzo Insigne, Domenico Berardi dan Gianluca Mancini turut dihantar pulang ke kelab masing-masing, di mana Berardi dan Mancini dilaporkan mengalami kecederaan.

Ketua jurulatih Itali, Roberto Mancini, dijangka akan merombak pasukannya menjelang perlawanan persahabatan menentang Turkey awal pagi Rabu ini selepas Azzurri tewas mengejut kepada Macedonia Utara dalam separuh akhir pusingan playoff kelayakan Piala Dunia kelmarin.

Kekalahan pertama Juara Euro 2020 itu di laman sendiri bermakna mereka juga gagal ke pusingan akhir dalam dua edisi  berturut-turut buat kali pertama sepanjang sejarah.


 

Advertisement

Must Watch Video