Skip to main content

Bola Sepak

Vardy cetus kebangkitan The Foxes

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

5817jamie-vardy.jpg
Jamie Vardy meledak kedua-dua gol ketika membantu Leicester City bangkit meraih kemenangan ke atas Borussia Monchengladbach di Stadium King Power, semalam.

Penyerang England itu menjaringkan gol dua kali dalam tempoh tujuh minit bagi membantu pasukan meraih kemenangan kedua dalam aksi pra-musim.

Di sebalik kemenangan The Foxes, mereka kehilangan khidmat Kelechi Iheanacho yang mengalami kecederaan dan tidak dapat meneruskan baki perlawanan. 

Pengurus, Craig Shakespeare, menegaskan keputusan beliau mengeluarkan pemain itu merupakan langkah berjaga-jaga.

"Saya akan menilai keadaan Iheanacho, saya tidak pasti sama ada kecederaan yang dialaminya adalah pada buku lali ataupun betis tetapi dia kelihatan mampu beraksi dalam perlawanan seterusnya," katanya.

Thorgan Hazard meletakkan pasukan pelawat di hadapan selepas perlawanan bersambung dalam babak kedua, dengan kelab Bundesliga itu turut dihimpit masalah kecederaan apabila Tobias Strobl diusung keluar.

Sementara itu, Huddersfield Town menyempurnakan jelajah mereka di Austria tanpa sebarang kekalahan selepas seri 2-2 dengan kelab Serie A, Torino.

The Terriers bangkit dua kali selepas ketinggalan, dengan jaringan berjaya dihasilkan oleh Elias Kachunga dan Steve Mounie manakala Simone Edera dan Joel Obi muncul penjaring buat Torino.

Advertisement

Must Watch Video