Skip to main content

Bola Sepak

Varane akui wawancara Ronaldo beri kesan kepada pemain Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

varane.jpg
Raphael Varane mengakui pemain Manchester United terjejas dengan wawancara panas membabitkan Cristiano Ronaldo.

Bercakap dalam rancangan Piers Morgan Uncensored, Ronaldo berkata dia berasa dikhianati oleh pemain senior di United selain mendedahkan tidak menghormati pengurus, Erik ten Hag, lantas timbul keraguan mengenai masa depannya di Old Trafford.

Klip temu bual itu dikeluarkan sebaik United merakam kemenangan 2-1 Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Fulham -- Ronaldo terlepas perlawanan berkenaan selepas memaklumkan bahawa dia tidak sihat.

Ia merupakan perlawanan terakhir The Red Devils sebelum kempen Piala Dunia tetapi Varane mendedahkan rakan sepasukannya tetap terkesan dengan isu melibatkan Ronaldo itu.

"Jelas sekali ia memberi kesan kepada kami," kata Varane kepada Europe1. 


 


“Kami ikut perkembangannya dan apa yang diperkatakannya.

"Kami cuba menenangkan keadaan dengan cara kami sendiri dan kami cuba untuk tidak terlalu terlibat dalam hal ini. Apa yang berlaku di media terutama di kelab besar seperti ini akan mendapat perhatian utama. 

"Lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan bintang seperti Ronaldo, jadi kami cuba memerhatinya dari jauh, ia bermakna kami bukannya cuba mengubah keadaan ini secara bersendirian sebaliknya secara kolektif."

Semalam, kelab EPL itu mengeluarkan satu kenyataan yang menjelaskan mereka hanya akan menilai tindakan yang perlu diambil "selepas fakta penuh disahkan", tetapi dengan wawancara penuh yang dikeluarkan malam tadi, keputusan berkenaan dijangka bakal diumumkan tidak lama lagi.

Varane, yang pernah beraksi di samping Ronaldo di Real Madrid, sedia akur dengan segala keputusan yang dibuat oleh kelab itu kelak sambil menambah: "Apa yang saya mahukan adalah yang terbaik buat pasukan saya.

"Jadi apa pun keputusannya, sebagai pemain kami akan menerimanya sambil diri sendiri memberikan yang terbaik."

Advertisement

Must Watch Video