Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur yang hadir memberikan sokongan di lapangan terbang, kawasan persekitaran hotel pasukan dan ketika perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Malah, walaupun perkara itu sudah lama berlalu tetapi kenangan itu masih segar di fikirannya hingga berasakan suasana penyokong yang hadir ketika itu seperti di old Trafford.
Ruud Van Nistelrooy reflects on his unofficial Manchester United debut against Malaysia XI.
— Stadium Astro ?? (@stadiumastro) December 24, 2024
Safe to say he's amazed by the seas of fans in Bukit Jalil Stadium.
Catch the full interview on Stadium Astro's Youtube Channel now! pic.twitter.com/p4Qq4G1fPh
"23 tahun yang lalu saya masih ingat, saya berasa kagum apabila kami tiba di Kuala Lumpur untuk para pemain dan kejurulatihan memulakan siri jelajah kami.
"Saya kagum melihat betapa semangatnya dengan jumlah penyokong yang sudah menanti kami di lapangan terbang, di luar hotel dan ketika di tempat latihan kami.
"Dan semestinya semasa perlawanan dengan tiket habis terjual ia umpama beraksi di Manchester sendiri seperti dihadapan penyokong sendiri." katanya dalam satu temu bual bersama Stadium Astro.
Dalam perlawanan persahabatan itu menyaksikan pasukan pilihan negara terpaksa akur apabila berakhir dengan keputusan tewas 0-6.