Skip to main content

Bola Sepak

Van Gaal beri amaran Ten Hag jangan sertai Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tenhag.jpg
Bekas pengurus Manchester United, Louis van Gaal, memberikan amaran agar rakan senegaranya, Eric ten Hag, tidak menyertai Manchester United.

Bercakap dalam sidang media menjelang perlawanan persahabatan Belanda menentang Jerman awal pagi esok, Van Gaal berkata ketua jurulatih Ajax itu "sepatutnya memilih sebuah kelab bola sepak dan bukannya kelab komersial".

Van Gaal menghabiskan dua tahun selaku pengurus di Old Trafford dari 2014-16 dan berhasil membawa kelab itu menjulang trofi pertama sejak persaraan Sir Alex Ferguson dengan menjuarai Piala FA pada 2016.

Dengan pengurus interim The Red Devils, Ralf Rangnick, dijangka akan melepaskan jawatannya untuk menumpukan kepada tugas sebagai perunding selepas tamat musim ini, Van Gaal memberikan amaran buat Ten Hag -- yang dilihat sebagai calon utama mengisi kekosongan itu -- agar tidak menyertai United.

Hierarki United dilaporkan sudah mula menghubungi Ten Hag tetapi rakan senegaranya dari Belanda, Van Gaal, menggelar individu itu sebagai jurulatih yang hebat dan perpindahan berkenaan bukan perkara terbaik buat kariernya.

"Saya fikir Ten Hag seorang jurulatih yang hebat, sudah banyak kali saya bercakap tentangnya," kata Van Gaal.

"Jurulatih yang hebat bagus untuk Man United tetapi Man United adalah kelab komersial.

"Ia akan menjadi pilihan yang sukar buat jurulatih, sebagai jurulatih, anda sepatutnya memiih kelab bola sepak.

"Saya tidak akan menemani kariernya. Jika dia mahukannya, dia akan menghubungi saya. Kami mempunyai perbualan sesama sendiri.

"Dia sepatutnya memilih kelab bola sepak dan bukannya kelab komersial," katanya.


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video