Skip to main content

Bola Sepak

Van Dijk sahut cabaran untung nasib Liverpool minggu ini

van-dijk.jpg
Virgil van Dijk menegaskan bahawa dia hanya mahu menikmati tempoh getir ini menjelang perlawanan yang boleh menentukan nasib Liverpool musim ini. 

The Reds kekal dalam pemburuan empat kali gelaran yang belum pernah berlaku sebelum ini dan selepas memenangi Piala Liga Inggeris (EFL) Februari lalu, mereka mara ke separuh akhir Piala FA dan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) selain hanya satu mata di belakang Manchester City untuk merampas semula gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Menjelang perlawanan suku akhir pertama UCL di Benfica, awal pagi esok, Van Dijk memberitahu pemberita bahawa dia tetap tenang untuk berdepan minggu getir ini dan gembira kerana kelab Merseyside itu kini mempunyai skuad penuh untuk digunakan dalam tiga baki kejohanan ini. 

"Andai pada permulaan musim anda cakap kami akan berada di tahap ini termasuk skuad penuh, kami tidak akan begitu mempedulikannya," katanya.

"Saya hanya mahu menikmati detik ini. Kami semua sebagai pemain bola sepak mahu beraksi -- ia menuntut fizikal kami tetapi saya hanya mahu melakukannya dan menikmati setiap saat."






Liverpool menerapkan pertahanan tinggi dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan biarpun rekod pertahanan mereka mengagumkan, tonggak Belanda itu percaya ramai yang terlupa bahawa mereka sering ofsaid sekiranya jaringan dihasilkan. 

"Ia sedang diusahakan tetapi saya fikir jika berdasarkan beberapa musim lalu, kami sentiasa cuba meletakkan pertahanan di kedudukan yang lebih tinggi," katanya.

"Saya fikir musim ini dan musim lalu , kami bermula dengan peraturan bahawa kami harus terus beraksi hinggalah penjaga garisan mengangkat bendera ofsaid. Nampaknya kami melepaskan banyak peluang menarik. 

“Malah, pada hari yang berbeza (menentang Watford) apabila Alisson terpaksa menyelamatkan percubaan berbahaya, gawang kami menjadi terdedah walaupun pemain lawan sebenarnya ofsaid, jadi saya fikir pertama sekali peraturan itu harus diketepikan tetapi dari sudut lain, ia melibatkan garisan tinggi pertahanan.

"Kami tidak banyak bercakap mengenainya tetapi di atas padang anda pasti perlu berkomunikasi dan saya sentiasa cuba melakukannya."

Advertisement

Must Watch Video