Skip to main content

Bola Sepak

Van Dijk diangkat sebagai Pemain Terbaik PFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vvd.jpg
Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk, memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) selepas menempuhi musim yang cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain kebangsaan Belanda itu telah memainkan peranan penting buat The Reds mencabar takhta liga musim ini dengan menghambat penyandang juara, Manchester City -- persaingan yang bakal ditentukan sehingga perlawanan terakhir musim ini.

Aksi cemerlang Van Dijk merupakan tunjang prestasi cemerlang skuad bimbingan Jurgen Klopp itu dan dia telah diangkat selaku pemain terbaik dalam majlis anugerah yang dilangsungkan di London, malam tadi.

Raheem Sterling, yang telah menjaringkan 17 gol bersama Manchester City, dilihat sebagai pencabar terdekat Van Dijk tetapi bintang England itu sekadar membawa pulang anugerah Pemain Muda Terbaik PFA.

Rakan sepasukan Sterling bersama City, Bernardo Silva dan Sergio Aguero turut berada dalam senarai akhir di samping penyerang Liverpool, Sadio Mane, dan bintang Chelsea, Eden Hazard.

Van Dijk, yang menyertai Liverpool daripada Southampton pada Januari 2018 selaku pertahanan termahal dunia dengan nilai perpindahan mencecah GBP75juta (RM400juta), berjaya membantu pasukan ke final Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu. Pertahanan itu, yang merupakan yang pertama sejak John Terry pada musim 2004-05 untuk merangkul anugerah tersebut, beraksi dalam setiap 36 perlawanan liga musim ini.

Musim lalu, Liverpool bolos 38 gol, namun mempamerkan peningkatan apabila sekadar bolos 20 gol msuim ini.

Ia menyaksikan dalam dua musim berturut-turut pemain Liverpool meraih anugerah tersebut selepas Mohamed Salah meraih kejayaan yang sama 12 bulan lalu.

Advertisement

Must Watch Video