Marcelino berasakan Valencia memiliki keupayaan untuk "melukakan" Arsenal dalam pertemuan kedua meskipun tewas 1-3 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Europa.
Valencia mendahului aksi di Stadium Emirates itu awal pagi tadi hasil tandukan jarak dekat pertahanan, Mouctar Diakhaby.
Bagaimanapun, 14 minit berselang, Arsenal berada di depan selepas Alexandre Lacazette menyumbat dua gol sebelum jaringan lewat permainan Pierre-Emerick Aubameyang melengkapkan aksi itu.
Bekas pengurus Valencia, Unai Emery, menganggap skuad bimbingannya meraih bekalan selesa ke atas bekas kelabnya itu menjelang aksi timbal balik minggu depan.
Biarpun Valencia berpeluang tipis untuk mara, Marcelino tetap yakin dengan kebangkitan skuadnya.
"Keputusan ini agak berlebihan," katanya. "Mereka sangat berbisa.
"Pendekatan mereka lebih berjaya dan berkesan. Kami berharap nasib menyebelahi kami untuk kami beroleh kejayaan dalam pertemuan kedua.
"Kami menguasai perlawanan ini dan mampu mengekang Arsenal. Dari bangku simpanan, saya tidak nampak pasukan saya sedang dilanda masalah.
"Kami menjaringkan gol di tempat lawan dan apabila di Mestalla, kami boleh melukai mereka.
"Perlawanan ini belum muktamad lagi dan dengan sokongan padu daripada peminat, kami tidak akan memberi laluan mudah kepada Arsenal.
"Kedudukan ini meletakkan kami dalam situasi yang lebih rumit tetapi dalam kes ini, kami perlu terus percaya bahawa kami mampu mara ke perlawanan akhir.
"Ia akan membantu kami untuk mempercayai kemampuan sendiri serta percaya bahawa kami boleh menang."