Seorang pemain bola sepak dilaporkan telah dikejarkan ke hospital akibat kecederaan otak yang membimbangkan semasa perlawanan Liga Juara-Juara Wanita (UWCL) awal pagi tadi.
Perlawanan antara Atletico Madrid dengan Juventus dibayangi adegan yang mengganggu selepas Andrea Medina, 21, rebah di atas padang dan memerlukan rawatan perubatan segera.
Pertahanan kiri itu, yang memulakan kerjaya seniornya di Real Betis sebelum berpindah ke Atletico Madrid pada 2022, jatuh dan tidak bermaya di atas gelanggang untuk tempoh yang lama selepas berlanggar dengan bintang Juventus, Barbara Bonansea.
Selepas menerima rawatan kecemasan daripada kakitangan perubatan kelab, Medina dibawa keluar dengan pengusung dan dikejarkan ke hospital dengan ambulans.
Pengulas perlawanan, Jacqui Oatley, yang berada venue perlawanan, Centro Deportivo Alcala de Henares, menyifatkan kejadian itu sebagai 'mengerikan' dalam satu ciapan di X.
Dia menulis, "Cukup mengerikan.
"Kami sedang bertugas mengulas perlawanan Atletico Madrid menentang Juventus menerusi platfrom Disney+ dan pemain pertahanan kiri muda Sepanyol, Andrea Medina tiba-tiba rebah -- dia menerima rawatan segera yang panjang sebelum dibawa keluar. Kami mendoakan yang terbaik untuknya dan berharap dia sihat."
Pasukan Atletico Madrid Wanita berkata dalam satu kenyataan, "Andrea Medina telah digantikan selepas mengalami kecederaan otak traumatik.
"Pemain bola sepak itu sihat tetapi telah dipindahkan ke pusat hospital untuk menjalani ujian tambahan."
Dapatkan Sekarang

This is horrendous. We’ve just commentated on Atletico Madrid’s @UWCL game v Juventus for Disney+ and young Spanish left back Andrea Medina suddenly went down - she received urgent lengthy treatment before being carried off. We wish her all the very best and hope she’s OK. https://t.co/QrLG6JkipF
— Jacqui Oatley (@JacquiOatley) November 12, 2025
Dia menulis, "Cukup mengerikan.
"Kami sedang bertugas mengulas perlawanan Atletico Madrid menentang Juventus menerusi platfrom Disney+ dan pemain pertahanan kiri muda Sepanyol, Andrea Medina tiba-tiba rebah -- dia menerima rawatan segera yang panjang sebelum dibawa keluar. Kami mendoakan yang terbaik untuknya dan berharap dia sihat."
Pasukan Atletico Madrid Wanita berkata dalam satu kenyataan, "Andrea Medina telah digantikan selepas mengalami kecederaan otak traumatik.
"Pemain bola sepak itu sihat tetapi telah dipindahkan ke pusat hospital untuk menjalani ujian tambahan."

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang