Skip to main content

Bola Sepak

Usah gentar beraksi di Kota Bharu -- Fitri Omar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

180217fitriomar.jpg

Pertahanan Kedah, Fitri Omar tidak mahu Kedah tenggelam dengan semangat yang dipamerkan oleh Kelantan ketika beraksi di laman sendiri.

Pengalaman selama dua tahun sebagai pemain The Red Warrior membuatkan Fitri cukup arif apabila membabitkan aksi di Stadium Sultan Mohamad ke-4.

Semangat enggan tewas di laman sendiri sering membuatkan Kelantan gah di akhir perlawanan dan pernah pada satu ketika Kota Bharu jarang menyaksikan kekalahan Kelantan di stadium tersebut.

"Kelantan akan memberikan yang terbaik, ini merupakan perlawanan pertama di laman sendiri. Kami akan memberikan yang terbaik bagi menghadapi pasukan lawan," kata Fitri.

Walaupun Fitri menjangkakan kesukaran yang akan diberikan Kelantan, itu tidak bermaksud kedah akan akur dengan situasi yang bakal dihadapi mereka.

Ketiadaan kapten pasukan, Khairul Helmi Johari di  bahagian pertahanan, penggantinya Syawal Nordin dituntut memberikan aksi memberangsangkan.

"Saya yakin kami mampu mempamerkan aksi yang cemerlang tanpa kehadiran Khairul, Kedah memiliki beberapa pemain yang beraksi di posisi pertahanan."

Advertisement

Must Watch Video