Juara dunia dua kali dari Amerika Selatan, Uruguay, bakal turun tanpa pemain bintang menjelang persahabatan antarabangsa dengan Republik Dominica di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Bagi ketua jurulatih Uruguay, Marcelo Bielsa, tidak bimbang tanpa pemain utamanya kerana yakin pemain yang di bawa ke Malaysia juga mampu mempertaruhkan aksi memukau.
Seramai 17 pemain yang berada dalam kem latihan kebangsaan sudah berada di Kuala Lumpur sejak Isnin lalu dan berada dalam keadaan terbaik.
Tegasnya dalam sidang media hari ini, ini peluang terbaik untuk anak buahnya mendapatkan perhatiannya apatah lagi persediaan kempen menghadapi Piala Dunia 2026.
"Ini adalah peluang buat pemain-pemain muda kami bagi membuktikan bahawa mereka bersedia beraksi di peringkat antarabangsa, khususnya sebelum Kejohanan Piala Dunia akan datang.
"Saya sudah membimbing Uruguay hampir dua tahun dan percaya mereka boleh berikan pilihan berbeza buat pasukan," katanya.
Tanpa tonggak utama seperti Federico Valverde, Darwin Nunez dan Manuel Ugarte, Bielsa memberi jaminan aksi di Bukit Jalil mampu memukau setiap penonton yang hadir.
Biarpun beberapa pemain tidak dapat hadir atas faktor luar jangka, kedua-dua perlawanan ini kekal diiktiraf Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Dapatkan sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan sekarang