Skip to main content

Bola Sepak

UNL: Turkiye nafi cabaran Iceland untuk ungguli Kumpulan 4

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

turkiye.jpg
Aksi liga B, Kumpulan 4 Liga Negara-Negara Eropah (UNL), menyaksikan Turkiye raih kemenangan ke atas Iceland, dengan gol pertama dijaringkan selepas hanya dua minit aksi berlangsung!

Namun, Victor Palsson menyamakan kedudukan buat pelawat pada minit ke-37 untuk kedua-dua pasukan terikat menuju ke masa rehat.

Penjaring gol pertama, Kerem Aktur-Koglu, kemudian kembali menjadi duri dalam daging Iceland dengan gol kedua peribadinya pada minit ke-52.

Tetapi Aktur-Koglu belum selesai menyeksa Iceland dan berbaki dua minit menuju tamat perlawanan, dia melengkapkan hatriknya untuk memberikan kemenangan 3-1 buat Turkiye.
 

Advertisement

Must Watch Video