Stadium Astro logo
BOLA SEPAK

UNL: Tewas aksi pertama, Perancis menang timbal balik kedua lenyapkan Croatia

article-author-avatar
Najmi Iman 24/03/2025 | 02:13 MYT
Article ribbon UNL: Tewas aksi pertama, Perancis menang timbal balik kedua lenyapkan Croatia
Finalis Piala Dunia 2018, Croatia gagal menggunakan kelebihan dua jaringan sewaktu perlawanan pertama apabila Perancis melakar kebangkitan bergaya untuk melayakkan diri ke separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA (UNL), awal pagi tadi.
Penguasaan sebanyak 62 peratus menyaksikan Les Blues berjaya mendominasi permainan, sekali gus menyamakan kedudukan agregat 2-2 menerusi Michael Olise dan Ousmane Dembele pada minit akhir perlawanan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aksi berlanjutan sehingga masa tambahan, namun kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan.
Skuad kendalian Didier Deschamps mencipta kemenangan melalui penentuan sepakan penalti di hadapan peminat tempatan selepas penjaga gol AC Milan, Mike Maignan, melakukan penyelamatan penting sambil Croatia kempunan melakar sejarah.
Selepas ini, Perancis akan bertemu juara Euro 2024, Sepanyol, bagi penentuan ke perlawanan akhir, Jun depan.
#bola sepak #Croatia #Perancis #UNL #Liga Negara-Negara UEFA