Bintang Real Madrid, Kyllian Mbappe, tunjang kemenangan Perancis memperoleh tempat ketiga Liga Negara-Negara Eropah (UNL) selepas menewaskan Jerman di Stuggart, malam tadi.
Persembahan memukau daripada bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu susulan dinobatkan selaku Pemain Terbaik Perlawanan dengan enam percubaan secara keseluruhan.
Mbappe dan Michael Olise menjadi penjaring juara Piala Dunia 2018 itu untuk mengesahkan tempat ketiga dalam Liga Negara-Negara 2024-25.
Setelah tewas 4-5 kepada naib juara, Sepanyol, di separuh akhir, Les Bleus secara klinikal menewaskan tuan rumah untuk meletakkan pasukan Julian Nagelsmann selaku tempat keempat.
Joshua Kimmich merasakan Jerman terpaksa membayar harga yang tinggi kerana dikalahkan di tempat sendiri.
Bercakap kepada media tempatan selepas permainan, pertahanan itu berkata: "Kami sepatutnya mendahului 3-1 selepas enam minit permulaan pada separuh masa pertama.
"Kami hilang kesabaran terlalu awal dan struktur permainan kami berubah.
"Kami melakukan terlalu banyak kesilapan dan memberikan apa yang mereka mahukan.
"Kami banyak bercakap tentang perlawanan pertama (menentang Portugal).
"Kami tidak cukup bagus di depan gawang.
"Kami tidak berjaya melakukannya hari ini. Jika kami mengambil peluang kami pada masa hadapan, kami akan memenangi perlawanan kami."

Full-time in Stuttgart. It ends in defeat against France. #DFB #GermanFootball #GERFRA
— German Football (@DFB_Team_EN) June 8, 2025
? DFB/ Philipp Reinhard pic.twitter.com/2U9LJZScMV