Pengurus sementara England, Lee Carsley, telah mengesahkan penyertaan pemain sayap itu dalam skuad The Three Lions dengan menjelaskan bahawa dia telah kembali berlatih selama beberapa hari serta akan dinilai oleh kakitangan skuad kebangsaan.
Begitupun, setelah tidak melibatkan Grealish dalam perlawanan menentang Brighton, Guardiola mengakui keputusan tersebut sukar untuk diterimanya sambil menjelaskan bahawa Carsley tersilap mengenai aktiviti latihan pemain berusia 29 tahun itu.
Thrilled to join the @pepsi squad! ?⚽ pic.twitter.com/lYE2w5iTUp
— Jack Grealish (@JackGrealish) April 26, 2024
Guardiola dalam sidang media mengatakan, "Pasukan kebangsaaan sentiasa beraksi dalam tempoh ini, dan saya gembira untuk pemain pergi mewakili negara apabila mereka dalam keadaan cergas dan tidak bergelut (kecederaan) sejak beberapa minggu lalu.
"Dia tidak turun untuk berlatih dalam masa 17 hari, dan hari ini (semalam) merupakan latihan pertamanya dengan dia hanya turun berlatih selama 20 minit sahaja. Itulah realitinya."
Guardiola belum lagi menghubungi Carsley mengenai situasi itu dan dia tidak mengetahui megenai sebarang perbualan dan informasi antara unit perubatan dan Machester City.
The nights we dream of playing in!! Good result to take back to the Etihad next week ??? cammm on Citehhhhh ?? pic.twitter.com/O3gSp9pQIh
— Jack Grealish (@JackGrealish) April 9, 2024
Apabila berbicara dengan Grealish yang masih tidak pernah menjaringkan sebarang gol dalam 10 aksi bersama Manchester City, pemain itu tetap menanam hajat untuk beraksi untuk England.