BOLA SEPAK

UNL: Martinez redakan kegusaran terhadap Cristiano Ronaldo

Shaiful Shamsudin 13/10/2024 | 02:07 MYT
Roberto Martinez mengeluarkan Cristiano Ronaldo sejurus sejam perlawanan ketika membenam Poland sambil memberi jaminan bahawa dia hanya mahu menguruskan minit permainan pemain berusia 39 tahun itu.
Ronaldo menemui sasaran penyudah dalam kemenangan 3-1 ke atas Poland setelah jaringan pembukaan Bernardo Silva, awal pagi tadi.
Gol Piotr Zielinski cuba menggugat skuad Selecao di penghujung permainan, namun jaringan sendiri Jan Bednarek memastikan Portugal mengekalkan rekod 100 peratus dan satu-satunya pasukan yang memenangi ketiga-tiga perlawanan dalam Liga A, Liga Negara-Negara UEFA (UNL).
Ketua pasukan Portugal itu kemudian digantikan oleh Diogo Jota yang menjadi arkitek gol ketiga yang pada minit ke-63.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dan Martinez menegaskan Ronaldo akan memainkan peranan ketika menghadapi Scotland, Rabu ini, dan memuji ketabahan barisannya untuk meraih kemenangan yang sukar ini.
"Ia sebahagian daripada menguruskan pemain apabila anda mempunyai dua perlawanan dalam masa 72 jam. Diogo Jota beraksi dengan sangat baik. Cristiano pula sempurna," katanya.
"Separuh masa pertama sangat baik. Kami mengawal permainan, mencipta peluang, mempunyai penyegerakan yang sangat baik sebagai satu pasukan, mempertahankan kekuatan Poland dengan sangat baik dan menjaringkan gol hebat.
#UNL
;