BOLA SEPAK
UNL: Luis Enrique seru Sepanyol perbaiki prestasi
REPUBLIK CZECH 2 SEPANYOL 2
Luis Enrique mengakui banyak perkara yang perlu diperbaiki Sepanyol selepas La Roja bernasib baik untuk mengikat Republik Czech.
Gavi, berusia 17 tahun dan 304 hari, muncul pemain termuda yang menjaringkan gol buat Sepanyol ketika dia membatalkan gol pembukaan minit ke-4 oleh Jakub Pesek di Prague.
Iklan
Jaringan pemain tengah Barcelona itu juga bermakna Sepanyol telah mencetak jaringan dalam 16 perlawanan berturut-turut.
Jan Kutcha kembali meletakkan Republik Czech di depan dalam saingan Liga Negara-Negara (UNL) itu apabila menewaskan Unai Simon dalam separuh masa kedua.
16 - @SeFutbol have scored in 16 consecutive games in all competitions, their third best historical record after 20 games scoring between 1947 and 1951 and 42 between 2016 and 2020.Offensive. ⚽️ pic.twitter.com/x7BGvXjxQ8— OptaJose (@OptaJose) June 5, 2022
Tetapi tandukan lewat Inigo Martinez pada minit ke-90 memastikan Sepanyol berkongsi mata untuk dipisahkan dua mata di belakang pendahulu bersama Kumpulan A2, Republik Czech dan Portugal, selepas dua perlawanan.
Dengan hanya sebuah pasukan sahaja akan mara ke pusingan akhir UNL, Luis Enrique tetap gembira untuk mengutip satu mata sambil menggesa pasukannya supaya terus mengatasi kepincangan mereka.
Ditanya sama ada kebuntuan itu akan melenyapkan kritikan, jurulatih Sepanyol itu memberitahu pemberita: "Bunyi ejekan adalah perkara paling indah dalam dunia bola sepak. Saya tahu apa yang saya tetapkan, saya tahu ke mana hala tuju kami.
"Terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki. Tetapi perkara terbaik mengenai keputusan ini ialah seteru kami gagal menghasilkan tiga mata.
"Yang penting kedudukan pencabar tidak jauh dari kami."
Must-Watch Video