Stones, yang telah membuat 81 penampilan untuk skuad The Three Lions sejak penampilan sulungnya pada 2014, akan menggalas tugas ketua pasukan buat kali pertama dalam barisan utama.
Sepanjang tempoh Gareth Southgate, hanya Kane (81) dan Kyle Walker (70) pernah membuat lebih banyak penampilan berbanding Stones (68 -- setaraf dengan Jordan Pickford).
Pertahanan Manchester City itu telah menjadi tonggak utama England sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan membantu negaranya untuk dua berturut-turut penampilan final EURO.
Lee Carsley has confirmed that John Stones will captain the #ThreeLions for the very first time tomorrow ❤️??????? pic.twitter.com/qWxmzAHI9w
— England (@England) October 9, 2024
"Ia adalah segala-galanya yang saya impikan sebagai seorang kanak-kanak. Lebih-lebih lagi buat keluarga saya kerana apabila mereka melihat saya keluar sebagai kapten England, ia adalah satu detik istimewa," katanya.
"Saya tidak dapat balas budi Lee. Ia satu detik yang luar biasa.
"Untuk keluar dengan memakai lilitan lengan adalah satu penghormatan mutlak dan ia akan saya hargai selama-lamanya."