UNL: Kylian Mbappe tercicir dalam skuad Perancis

Shaiful Shamsudin
Oktober 4, 2024 09:47 MYT
Kylian Mbappe terus diketepikan daripada skuad Perancis untuk perlawanan Liga Negara-Negara (UNL) menentang Israel dan Belgium.
Mbappe, yang mengalami kecederaan otot ketika beraksi untuk Real Madrid bulan lalu, kembali beraksi untuk Los Blancos.
Pemain berusia 25 tahun itu muncul sebagai pemain gantian tetapi tidak mampu membantu Madrid mengelak daripada tumbang 0-1 di Lille dalam Liga Juara-Juara (UNL), semalam.
Bagaimanapun, Didier Deschamps telah membuat panggilan untuk merehatkan Mbappe untuk perlawanan bulan ini.
"Dia mempunyai masalah yang tidak serius.
"Saya di sini bukan untuk mengambil risiko, itulah sebabnya Kylian tidak berada dalam senarai," katanya kepada pemberita.

? The French Squad List for our next 2️⃣ Nations League matches ?#FiersdetreBleus pic.twitter.com/lOJy6Bw76I

— French Team ⭐⭐ (@FrenchTeam) October 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Michael Olise daripada Bayern Munich telah dipanggil, manakala pemain Chelsea, Christopher Nkunku, turut dipilih buat kali pertama sejak Jun 2023.
Lucas Digne, yang sebelum ini dipanggil untuk menampung kecederaan, telah mengekalkan tempatnya selepas beberapa persembahan mengagumkan bersama Aston Villa.
Rakan sepasukan Mbappe di Madrid, Eduardo Camavinga juga tersenarai memandangkan selepas pulih daripada kecederaan lutut.
Perancis tewas kepada Itali dalam perlawanan pembukaan UNL tetapi bangkit dengan menewaskan Belgium 2-0.
#UNL