Didier Deschamps mempersoalkan khabar angin bahawa Kylian Mbappe tidak akan disenaraikan dalam skuad Perancis seterusnya sambil mengesahkan penyerang Real Madrid itu akan kembali ke pangkuan.
Mbappe tidak terpilih untuk mewakili skuad Perancis pada Oktober atau November tahun lalu.
Situasi itu secara langsung mencetuskan spekulasi hubungan dingin di antara Deschamps dan Mbappe yang pernah bertindak selaku kapten Les Bleus.
Namun, pemain berusia 26 tahun itu sah akan kembali untuk perlawanan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) menentang Croatia bulan depan sekiranya kecergasannya membenarkan.
"Sudah tentu dia akan berada di sana. Mengapa dia tidak? Jika tidak mungkin atas sebab yang sangat spesifik," kata ketua jurulatih Perancis itu kepada L'Equipe.
“Tetapi dia akan berada di sana jika tiada apa-apa berlaku kepadanya.
"Dia mempunyai ikatan yang kuat bersama skuad Perancis walaupun pernah berdepan tempoh peribadi yang rumit.
"Dia kembali ke tahap kecergasan penuh dan anda boleh melihatnya menerusi permainannya dan juga di dalam kepalanya."

10 - Only Ousmane Dembélé (15) has scored more goals in all competitions than Kylian Mbappé (10) in 2025 among players in Europe's top five leagues.
— OptaJose (@OptaJose) February 11, 2025
On.#MCIRMA #UCL pic.twitter.com/bw2SF50Sy6