Skip to main content

Bola Sepak

UNL: Jerman sukar lepasi Belanda, terikat di Amsterdam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

belanda.jpg
Pertemuan diantara dua gergasi bola sepak dunia, Belanda dan Jerman, berakhir dengan keputusan seri dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) di Arena Johan Cruijff, awal pagi tadi.

Meskipun sudah dibolosi seawal minit kedua oleh Tijjani Reijnders, Jerman mempamerkan semangat juang tinggi untuk menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Deniz Undav sebelum bintang Bayern Munich, Joshua Kimmich, menggandakan kelebihan buat juara Piala Dunia 2014 itu sebelum tamat separuh masa pertama.

 
Skuad kendalian Ronald Koeman berjaya mengimbangi aksi tersebut susulan Denzel Dumfries menyempurnakan peluang terhidang untuk kedua-dua pasukan terikat 2-2.
 

Advertisement

Must Watch Video