BOLA SEPAK

UNL: Hojlund 'Siuuu' depan Cristiano Ronaldo bantu Denmark menang 1-0 ke atas Portugal

Stadium Astro
Najmi Iman
21/03/2025
02:56 MYT
Sponsor Banner
UNL: Hojlund 'Siuuu' depan Cristiano Ronaldo bantu Denmark menang 1-0 ke atas Portugal
Kemasukan bintang Manchester United, Rasmus Hojlund, sebagai pemain gantian menjadi wira Denmark meraih kemenangan 1-0 ke atas juara Euro 2016, Portugal dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Negara-Negara UEFA (UNL).
Denmark bermula dengan cemerlang mengatur permainan menggunakan kebijaksanaan Christian Eriksen untuk melancarkan serangan, namun kekebalan Diego Costa harus diberi pujian menyelamatkan gawang Portugal.
Kasper Schmeichel menafikan percubaan Pedro Neto dengan penyelamatan yang baik beberapa saat kemudian.
Denmark mengekalkan tekanan pada separuh masa kedua, dengan rembatan Gustav Isaksen tersasar oleh Costa sebelum Hojlund merembat rendah tepat melepasi palang.
Hantaran lintang Andreas Skov Olsen berjaya menemui Hojlund yang berhasil menyelamatkan maruah Denmark untuk bekalan tipis 1-0.
Penyerang muda itu meraikan jaringan tersebut dengan meniru gaya ikonik pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, yang bermain di atas satu padang yang sama.
"Cristiano adalah segala-galanya bagi saya.
"Saya jatuh cinta dengan bola sepak kerana Cristiano, saya menjadi peminat Manchester United kerana Cristiano.
"Saya mula melatih diri kerana Cristiano, saya mula melakukan senaman setiap hari sebelum saya tidur, kerana Cristiano, kerana saya mahu menjadi Cristiano," katanya kepada media selepas aksi tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video