Meskipun tanpa ketua pasukan, Martin Odegaard, Haaland menguasai permainan Norway dengan mencatatkan hatrik ke-25 dalam kariernya Ullevaal Stadion.
Pemain berusia 24 tahun itu menambah koleksi gol antarabangsanya dengan mencatatkan 38 gol dalam 39 penampilan, sejurus menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama sebelum melengkapkan hatriknya pada minit ke-71.
GRUPPEVINNERE!!!??? pic.twitter.com/HswN2bauK3
— Fotballandslaget (@nff_landslag) November 17, 2024
Bekas pemain Borussia Dortmund kini telah menjaringkan 22 gol dalam semua perlawanan untuk kelab dan negaranya musim ini, sekali gus menjadi penjaring terbanyak UNL dengan tujuh gol setakat ini.
Alexander Sorloth menyumbang gol ketiga Norway, manakala Antonio Nusa yang memainkan peranan penting dalam kedua-dua gol Haaland pada separuh masa pertama, turut mencatat nama selaku penjaring pada minit ke-76.
Kemenangan besar Norway itu memastikan mereka menamatkan saingan di tangga teratas Kumpulan B3 dengan 13 mata, dua mata mengatasi Austria.